Selasa, 10 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Dr M dakwa tak tahu tentang Projek IC

Dr M dakwa tak tahu tentang Projek IC

Malaysiakini 11 Sep 2013
 
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan mempunyai sebarang pengetahuan tentang apa yang dikenali sebagai Projek IC atau Projek Mahathir di Sabah, yang didakwa memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar tentang perkara itu sehinggalah baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu memberitahu demikian kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah hari ini.

Ditanya oleh pegawai pengendali Manoj Kurup mengapa projek itu dinamakan sedemikian, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenainya.

Katanya, nama beliau telah digunakan untuk banyak perkara.

Dr Mahathir berkata, mereka menggelarnya sebagai rasis dan ultra tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana "ia adalah sebahagian daripada kehidupan politik".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar