Rabu, 12 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Perkasa beralih pandangan kini menyokong perhimpunan aman

Perkasa beralih pandangan kini menyokong perhimpunan aman

January 14, 2013
Seorang lelaki menghadiri pelancaran kempen “Katakan Tidak kepada Perhimpunan Bersih” anjuran Perkasa pada Jun 2011. — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 14 Jan — Badan bukan kerajaan (NGO) Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat (PR) sebagai petanda positif kepada demokrasi di Malaysia, pandangan yang berbeza sama sekali sebelum ini kerana sering membantah  demonstrasi jalanan.
 
Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim berkata pertubuhan tersebut sentiasa di belakang menyokong komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk  memperbaiki kebebasan sivil sebaik selepas kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menyaksikan kebanjiran orang ramai di  Stadium Merdeka dan tidak dicemari dengan sebarang insiden.

NGO Melayu yang lantang tersebut walaubagaimanapun memuji pihak berkuasa berbanding penganjur dengan berkata “kredibiliti” pasukan polis membantu perhimpunan tersebut berjalan dengan teratur dan baik.
Ruslan berkata Perkasa menentang himpunan jalanan sebelum ini kerana kebanyakannya berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa.

Beliau berpendapat ia memberikan pembangkang peluang untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meraih simpati.
“Jika Ente bandingkan dengan himpunan yang lepas, sememangnya kami menentang. Terdapat banyak insiden (ganas) berlaku,” kata  beliau kepada The Malaysian Insider.

Apabila ditanya jika adakah ini bermaksud Perkasa menyokong pembaharuan oleh Perdana Menteri (PM) Najib, beliau menjawab: “Ya, kami sokong”.
Walaupun dilihat sebagai kumpulan pro-kerajaan, kumpulan tersebut adalah antara yang paling lantang membantah rancangan  pembaharuan ekonomi dan politik Najib sebelum ini.
Semasa PM berkata kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebuah undang-undang yang menahan tanpa  bicara, Perkasa telah menentang keras rancangan tersebut.

Kumpulan tersebut yang sinonim dengan majoriti kaum Melayu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi semasa Najib  mengumumkan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA), malahan presidennya Datuk Ibrahim Ali beberapa kali memberi isyarat bahawa  perkara terseut mampu menggugat kestabilan negara.
Walaubagaimanapun, ketua Perkasa tersebut tidak dapat dihubungi.

PAA dan pemansuhan ISA adalah antara pembaharuan politik yang diumumkan oleh Najib yang mana diibaratkan cubaan untuk  memancing pengundi atas pagar.
Rancangan pembaharuan Najib tersebut dilihat tidak memberikan sebarang tinjauan selepas Putrajaya menggunakan taktik ganas untuk  menangani dua himpunan tuntutan pilihan raya beberapa tahun kebelakangan ini.

Najib menerima kritikan hebat daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa atas tindakan ganas tersebut serta membidas sikap  tidak ikhlas PM keatas janjinya untuk merombak hak sivil.
Ruslan juga berkata perhimpunan Sabtu lalu membuktikan segala tuduhan sebelum ini adalah salah.
Beliau turut memuji sikap profesional Polis Di Raja Malaysia semasa mengendalikan himmpuan tersebut sebagai bukti dakwaan  pembangkang bahawa Barisan Nasional menggunakan taktik ganas adalah tidak berasas.

“Mereka hanya mahu kambing hitamkan pasukan polis. Apa yang berlaku pada Sabtu lalu berbeza sama sekali,” ujar beliau.
Kira-kira 45,000 orang terdiri daripada anggota dan penyokong parti pembangkang dan badan bukan kerajaan NGO menghadiri perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka, semalam.
Walaubagaimanapun, PDRM telah membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat perhimpunan yang berlangsung di Stadium Merdeka pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu. TMI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar